Pages

Sunday, December 12, 2010

Suratan Atau Kebetulan-Part 2

”Sya, kau rasa apa yang aku kene buat? Patutke aku terima je keputusan mak dan ayah aku tu?” kutatap wajah Aisyah, sahabat baik yang sentiasa menjadi tempatku mengadu.

”Entahlah, kau yang nak kahwin, aku pulak yang kene buat keputusan? Senang cite, biar aku je lah yang kahwin. Kau pun tak payah la susah-susah nak peningkan kepala otak kau tu” jawab Aisyah sambil ketawa.

”Wei, aku serius la. Kau main-main pulak. Kang aku bagi kau kahwin ngan mamat tu betul-betul baru tau’’ aku memuncungkan mulut tanda tidak puas hati. Time ni pun sempat lagi dia nak buat lawak.

"Ok la. Hisy, kau ni sejak bila jadi sensitif pulak ni. Aku gurau je lah. Mana pulak aku nak campak tunang aku yang satu tu. Lagi 2 bulan je nak langsungnya" jawab Aisyah sambil memeluk aku. Tau takut.

"Camni lah. Kau balik rumah, tenangkan fikiran and malam ni buat solat istikharah. Kau pun tau, kan. Apa pun masalah kita, tempat mengadu yang paling baik adalah pada Allah. Aku yakin, lepas kau buat solat istikharah tu, kau akan dapat buat keputusan yang terbaik untuk diri kau. Kadang-kadang, apa yang kita rasa baik untuk diri kita, sebenarnya bukanlah yang terbaik kerana hanya Dia yang tau apa yang terbaik untuk diri kita. Kau kene yakin tu. Lagi satu, kau fikirlah tentang mak ayah kau jugak. Mana tau, keputusan dorang baik untuk kau. Lagipun, dah lama dorang nak tengok kau naik pelamin. Kesian dorang. Kalau pun kau tak fikirkan diri kau, fikirkan perasaan mak ayah kau tu ye” sambung Aisyah sambil menepuk bahuku perlahan. Aku sekadar mengangguk lemah.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

”Ya Allah, hanya Kau yang mengetahui segala isi hatiku ini. Segala kesedihan dan kekecewaan yang ku hadapi. Kau juga yang maha mengetahui betapa aku masih menyayangi hamba-Mu yang pernah kau berikan padaku satu masa dulu. Sesungguhnya, aku hanya hamba yang lemah dan tidak berdaya. Hanya Kau jua yang mengetahui apa yang terbaik buatku. Ku mohon Ya Allah, andai dia, pilihan keluargaku adalah yang terbaik untukku, Kau bukakanlah pintu hatiku untuk menerimanya. Seandainya dia bukanlah yang terbaik bagiku, berilah aku kekuatan untuk menghadapi segalanya” malam itu, kutadahkan tangan memohon petunjuk dari Yang Maha Esa. Aku benar-benar pasrah.

Ini adalah kali pertama aku melakukan solat istikharah. Aku akui, dahulu aku bukanlah seperti ini. Selepas aku kehilangan dia, barulah aku sedar bahawa selama ini aku hanya menurut kata hati, aku alpa dan lupa bahawa di sana ada satu lagi kuasa yang Maha Menentukan. Kekuatan yang aku ada untuk meneruskan kehidupan ini datangnya dari Dia. Aku teringat, aku hampir-hampir memusnahkan masa depanku kerana tidak tahan dengan dugaan yang diberikan oleh-Nya. Selepas kehilangan Amin, aku mula mengabaikan kesihatanku, kerjaku sehingga akhirnya aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Nasihat mak, ayah, adik beradik dan kawan-kawan kupandang sepi. Aku menganggap mereka tidak dapat memahami perasaan aku. Satu yang aku lupa, manusia hanya merancang, tetapi tuhan yang menentukan segalanya. Sehinggalah pada satu hari, aku terjumpa nota kecil di atas meja solekku. Kertas biru itu tertulis:

”Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan di tangan manusia. Atas kasih sayang Allah kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasih-Nya jua, kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesarannya itu?”

Selepas itu, barulah aku bangkit semula dari lena yang panjang. Aku sedar kini, dan aku cuba belajar untuk menerima kenyataan yang Amin tidak akan kembali lagi. Selepas itulah aku berkeputusan untuk membeli resort kecil ini. Walaupun Amin sudah tiada lagi, aku ingin menunaikan impian kami berdua.

Esoknya, aku bangkit dengan perasaan yang sangat tenang. Aku bagaikan ada kekuatan untuk membuat keputusan. Selepas bersarapan, aku menghubungi emak.

”Assalamualaikum” suara emak kudengar di sebelah sana.

”Waalaikumsalam, mak. Jiha ni” salam emak kusambut dengan lembut.

”Oh, Jiha. Sihat ke?” dapat ku bayangkan senyuman emak yang menyambut salamku tadi.

”Alhamdulillah, sihat. Mak ngan ayah macam mana, sihat? Macam ni, mak. Jiha ingat Jiha nak balik kampung la hujung minggu ni. Dah lama Jiha tak balik kampung, kan. Rindu pulak kat sawah tu” kataku memberitahu tujuan aku menghubunginya.

”Ooh, mak ingat kenapa la tadi. Mak ngan ayah kamu sihat je. Kamu dah fikirkan tentang peminangan tu?” emak bertanya lagi.

”Mmm, Jiha balik ni pun nak bincangkan pasal tu lah. Nanti kat rumah kita bincang ye” jawabku.

”Baiklah, kalau itu dah kata kamu. Tapi mak nak bagitau, kalau kamu tak setuju, tak pelah. Mak boleh bagitau pihak sana yang kamu tak nak. Mak tak nak kamu fikir mak ngan ayah paksa kamu pulak ye. Mak nak setiap keputusan yang kamu buat tu, adalah dengan rela hati sebab yang nak berkahwin tu, kamu. Bukan kami” penuh berhati-hati emak menyusun kata. Aku tahu, emak tidak mahu melukakan hati aku, anaknya.

”Ye lah, mak. Jiha tau, mak buat semua ni pun untuk kebaikan Jiha jugak. Mak jangan risau ye, apa-apa keputusan yang Jiha buat selama ni, semuanya atas kehendak Jiha sendiri. Tak pernah ada sesiapa yang memaksa pun” kataku memujuk.

”Baguslah kalau kamu fikir macam tu. Nanti, kamu balik bawak la sekali kawan-kawan kamu ke. Rumah mak ni dah lama tak meriah, dah la duduk pun berdua je. Kalau sesekali ada orang datang bertandang, tak la kami rasa sunyi sangat” kata emak lagi.

”InsyaAllah, mak. Tak pe lah mak ye, Jiha nak bersiap ke resort ni. Nanti, kita sembang lagi ye. Assalamualaikum” selepas salamku disambut, aku memutuskan talian dan bersiap-siap untuk ke resort.

No comments:

Post a Comment

KLICK UNTUK DUIT TABUNG