Pages

Sunday, December 12, 2010

Suratan Atau Kebetulan-Part 1

Jiha, pagi tadi ada orang datang merisik. Mak tengok baik budaknya. Mak dengan ayah kamu dah pun setuju. Mak minta maaf sebab tak tanya Jiha dulu. Kami buat semua ni pun untuk kebaikan Jiha jugak” berita yang mak bawa tengahari itu membuatkan aku terkejut. Pen di tanganku terlepas tanpa sedar.

”Tapi mak... ... ... ... ... ” lidahku kelu untuk meneruskan kata-kata.
”Jiha, yang dah pergi tu biarlah pergi. Kita yang masih hidup ni kene la teruskan hidup. Kamu pun bukannya muda lagi, sampai bila nak dikenang yang dah tak ada tu. Mak tau Jiha sedih, hampa dengan apa yang dah jadi, tapi Jiha kene banyakkan bersabar nak ye. Semua ni dugaan dari Yang Maha Esa. Mak percaya, satu hari nanti Jiha akan bahagia jugak seperti orang lain. Mak tak nak tengok anak mak bersedih lagi” sudah banyak kali rasanya aku mendengar kata-kata itu.

”Nanti lah Jiha fikirkan dulu ye. Tak pe lah mak, Jiha ada keje sikit ni. Nanti Jiha call lagi ye” aku perlukan masa untuk menerima keputusan itu.
”Yelah, tapi mak berharap Jiha fikirlah masak-masak, untuk kebaikan diri Jiha sendiri” emak memutuskan talian. Aku tergamam seketika. Yang ku dengar hanyalah bunyi tut... tut... tut... . menandakan talian telefon telah terputus. Aku mengemaskan meja dan keluar dari pejabat yang begitu setia menemani sepiku sejak dua tahun lalu, sejak aku kehilangan insan yang sangat-sangat aku sayangi dan perasaan itu masih utuh sampai ke hari ini. Aku melangkah tenang ke meja receptionist. Ayu, gadis yang setia di meja itu kulihat dari jauh lagi sudah melemparkan senyumannya.
”Ayu, saya nak keluar sekejap. Nanti, kalau ada ape-ape awak juz call my handphone, ok” pesanku kepadanya.

”Baik, kak. Akak nak ke pantai ke?” tanya Ayu yang begitu arif dengan tingkahlaku aku. Pertanyaan Ayu kujawab dengan senyuman. Dia bagaikan setiausaha aku yang sentiasa mengetahui ke mana aku pergi dan setiap aktiviti harianku. Maklumlah, kerja sebagai pengurus resort kecil ini tidak menjanjikan seorang setiausaha untuk menguruskan keperluanku. Lagipun, selama ini aku dah biasa menguruskan semuanya sendiri. Tambahan pula, bukan banyak sangat kerja yang perlu dilakukan. Aku melangkah menuju ke pantai yang menjadi pendengar setiaku. Segala keluh kesahku selama ini kuluahkan pada pantai ini. Melihat laut yang terbentang luas, ombak yang sesekali memukul pantai, membuatkan aku merasa bahagia. Ya, sangat bahagia. Seperti saat aku masih punya dia. Aku terus menuju ke arah sebatang kayu mati yang biasa menjadi tempat untuk aku menikmati keindahan pantai. Kayu ini adalah kayu pertama yang kutemui saat aku pertama kali datang ke sini. Secara tak rasminya, ia telah menjadi milikku kerana kedudukan kayu ini agak terpencil dan terlindung dari pandangan pengunjung yang datang ke sini. Setau aku tiada orang yang pernah duduk di atas kayu ini.

Aku merenung jauh ke arah lautan di hadapan mataku. Sesekali aku terfikir, bagaimana rasanya kalau aku dapat pergi ke tengah lautan dan meneroka sendiri khazanah laut itu. Tapi aku tau, semua tu tak mungkin kerana aku memang tidak tahu berenang dan kakiku akan jadi lemah sekiranya berada di dalam laut. Bukan aku tidak mahu belajar berenang, sudah banyak kali aku mencuba untuk belajar berenang tapi hampa kerana kakiku akan cramp sekiranya terlalu lama berada di dalam air. Sudahnya, aku batalkan saja niat untuk belajar berenang meskipun hati ini terlalu ingin melakukannya.

Dari jauh, aku melihat anak-anak ketam bermain sorok-sorok di dalam pasir. Aku terhibur melihat mereka tapi aku tau, bukan mudah untuk menangkap anak ketam tersebut. Aku sendiri pernah mencubanya tetapi gagal. Terlalu banyak lubang yang ada dan mereka boleh masuk dan keluar sebebasnya. Aku rasa, mungkin itulah sebabnya aku gagal menangkap mereka walaupun zahirnya mereka sangat kecil jika dibandingkan denganku. Ah, biarkanlah. Mereka juga punya kehidupan, seperti juga aku. Ya, aku juga punya kehidupan tapi itu dulu, sebelum dia pergi meninggalkan aku. Pemergiannya bukan sahaja melenyapkan impian kami berdua tapi dia juga membawa bersama hatiku yang satu itu. Dan sekarang, aku rasa aku tidak punya hati lagi untuk kuberikan pada orang lain. Segala-galanya kosong, sekosong hidupku kini.

”Sayang, nanti bila abang dah kumpul duit, abang ingat nak buat resort kat tepi pantailah. Kita duduk la kat situ. Kan seronok, tak lah bosan dengan semua kesibukan bandar ni. Macam kat kampung, tapi bezanya kampung ada sawah. Luas tapi, kalau kita buka resort, tiap-tiap hari boleh tengok laut, jauh lebih luas dari sawah kat kampung tu” aku teringat kepada impian kami berdua. Dan sekarang, aku telah merealisasikan impian yang telah kami bina walaupun resort ini aku beli dari pemiliknya dua tahun lalu, bukan dibina oleh kami seperti yang dirancang. Aku bukanlah anak hartawan yang mampu membeli sebuah resort tapi wang yang aku gunakan untuk membeli resort ini adalah wang yang ditinggalkan oleh dia kepadaku. Ibunya memberitahu perkara itu setelah seminggu dia meninggalkan aku. Aku tau, itu adalah wang yang sepatutnya digunakan semasa pernikahan kami. Dan aku berkeputusan untuk menunaikan impian kami.

Aku teringat pernikahan kami yang tak dapat dilangsungkan itu. Cuma seminggu saja lagi dan dia telah meninggalkan aku, jauh dan takkan kembali lagi. Masa itu, aku tak dapat menggambarkan bagaimana perasaan aku tapi yang pastinya, aku di hospital sewaktu aku tersedar. Aku mencari-cari dia, aku mencapai telefon dan mendail nombornya tetapi hampa. Tiada jawapan yang kuterima, hanyalah suara operator. Ku lihat, mak, ayah, abang dan adikku berada di sekeliling aku. Masing-masing mempamerkan wajah penuh kesedihan.

”Mak, Amin mana mak? Jiha tak nampak pun dia. Jiha call pun dia tak angkat. Dia dah tak sayangkan Jiha lagi ke” rintihku.

”Sabarlah, Jiha. Mak tau susah untuk Jiha terima semua ni. Tapi, Amin dah tak ada. Tuhan lebih sayangkan dia, Jiha. Jangan menangis lagi, Jiha. Semua ni dugaan” suara mak kudengar begitu sayu. Semuanya telah berakhir bagiku. Tiada lagi kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidupku.
Aku terasa ada air mata yang bertakung di kelopak mataku, lalu mengalir perlahan di pipiku. Untuk kesekian kalinya, aku menitiskan air mata untuknya. Aku tak tahu sampai bila aku akan terus mengingatinya, mungkin juga takkan pernah lupa kerana segala yang dia tinggalkan padaku begitu bermakna. Sukar untuk aku lupuskan kenangan kami bersama. Perlahan-lahan ku sapu air mata yang bersisa.

Kata-kata mak terngiang-ngiang di telingaku. Aku bakal dikahwinkan? Serasa macam tak percaya pulak. Aku sedar, sejak pemergian dia, aku selalu mengelak bila diajukan soalan tentang perkahwinan. Kalau dulu, aku tidak pernah mengelak bahkan hatiku berbunga riang bila disebut tentang perkahwinan kerana aku dapat membayangkan kehidupan bahagia yang bakal ku tempuh bersama dia. Tapi kini, aku seolah-olah tiada hati untuk mengenali insan lain, apa lagi memikirkan tentang perkahwinan. Bagiku, cukuplah kenangan dia yang menjadi peneman sepiku. Haruskah aku menerima keputusan mak begitu saja? Atau kata hati yang perlu ku turut? Entahlah, aku sendiri tak mampu membuat keputusan. Aku termenung lagi sehinggalah azan asar mengejutkan lamunanku yang panjang. Aku bergegas ke resort, mengadap tuhan yang maha agung.

No comments:

Post a Comment

KLICK UNTUK DUIT TABUNG