Pages

Saturday, February 26, 2011

Renung-renungkan lah wahai sahabat sekalian....

Cuba kita fikirkan sejenak dan insafilah siapa kita
**************************************************** MUTIARA MINDA Teringat pesan ayahanda... "sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita... " Subhanallah, betapa alpa nya kami... sesungguhnya Engkau maha penerima taubat... ****************************************************
Peringatan buat diriku yang sering lupa... ... .. Adakah kita seorang Islam ? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia,kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar... apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam ? Maka,adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur. Adakah kita yakin kita seorang Islam Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka buai perasaan... Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah.. Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah ? Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapat kah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri. Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat ? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar. Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat? Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela? Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah? Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang? Kita ketawa .. ** kita tidak malu pada Allah? Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ... ** kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur? Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat? Kita sihat .. ** kita yakin Allah muliakan kita? Kita sakit .. ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan? Siapa Kita ? Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI... ... !!!! Siapa kita... . ?
Wallahu'alam ...
****************************************************
4 IBU UTAMA
A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu: 1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN. 2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP 3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA 4) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR
B) Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.
C) Beberapa kata renungan : Orang yang tidak melakukan sholat pada :
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya Asar : Dijauhkan dari kesehatan / kekuatan Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya. Isha' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnyaAl-Quran:
Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain!!!
Sekarang anda mempunyai 2 pilihan : 1. Biarkan tatapan ini tetap dalam ruangan artikel. 2. Forward tatapan ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan InsyAllah... redha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim. Sama2 lah kita mengingati antara satu sama lain... Wassalam...

AYAH MISALI: Cerpen : Perginya Seorang Ayah

AYAH MISALI: Cerpen : Perginya Seorang Ayah: "Ibu sibuk mengemas di dapur. Aku turut membantu ibu menyiapkan juadah makan malam. Seperti malam- malam yang telah lalu, kami makan ber..."

Cerpen : Perginya Seorang Ayah

Ibu sibuk mengemas di dapur. Aku turut membantu ibu menyiapkan juadah makan malam. Seperti malam- malam yang telah lalu, kami makan bersama. Cuma abang, aku dan adik tinggal sebumbung bersama abah dan ibu. Dua orang kakakku sudah berumahtangga dan sudah mempunyai istana mereka sendiri. Selepas menikmati juadah masakan ibu yang tiada tolok bandingnya, kami bersama-sama berjemaah menunaikan solat Isyak
" Zai, dah siap kerja sekolah ke belum?" ibu menyergahku dengan sopan.
"Belum, bu", jawabku dengan terus terang. Tanpa melengah-lengahkan masa aku akur perintah ibu, masuk ke bilik yang telah dikhaskan untuk mengulangkaji pelajaran. Jam di dinding menunjukkan angka sembilan. Malam terus merangkak sepi tanpa jemu. Masih kedengaran riuh tawa adikku yang baru berusia dua tahun setengah yang tidak jemu-jemu bermain tak kira siang mahupun malam. Mungkin ibu sibuk melayan kerenah manja adikku dengan penuh kasih sayang. Abah pula asyik mengasah pisau torehan bagi menghadapi tugas hakiki pada esok harinya. Kasihan abah. Bila lagi abah nak berehat ?. Terbisik juga hatiku mengenangkan pengorbanan seorang ayah... ... apatah lagi pengorbanan seorang ibu. Pengorbanan kedua orang tuaku memang tak boleh ditebus dengan wang ringgit. Aku mengalihkan fikiranku untuk terus menatap bait-bait ilmu yang menggamit. Aku harus belajar lebih tekun lagi untuk memenuhi hasrat dan cita-citaku, menjadi insan yang berguna di masa depan. Masa berlari begitu pantas. Ruang tengah rumahku kembali tenang. Tiada kedengaran suara televisyen, cuma kedengaran suara merdu, syahdu abah melagukan ayat-ayat suci Al-Quran dengan begitu tertib sekali. Ibu begitu asyik, mendengarkannya. Daun pintu bilikku dikuak sedikit, ibu menjengukku.
"Zai, belum tidur lagi ke?" tanya ibu dengan nada perlahan. "Belum lagi, bu" balasku pantas sambil mataku menjeling jam di dinding. Hampir pukul 12.30 malam. Biasanya waktu sebegini, aku telah lena dibuai mimpi. "Dah, lewat ni... ... .. pergi masuk tidur. Esok nak bangun awal" tegur ibu ikhlas. Aku kagum dengan sikap prihatin dan kasih sayang ibu kepada kami semua. Sikapnya yang terlalu mengambil berat hal anak-anak membuatkan kami terlalu menyayangi dan taat perintahnya. "Baiklah, bu", aku tidak membantah dan bingkas bangun menuju ke kamar tidurku, bersebelahan kamar ibu. Abangku sudah lama melelapkan matanya, mungkin keletihan setelah seharian bekerja. Kehadiran subuh yang hening, menyenangkan hatiku. Aku bersyukur kepada Ilahi kerana masih memberi harapan dan peluang untukku menghirup udara segar, meneruskan perjuangan hidup selagi boleh diperjuangkan. Selepas menyempurnakan solat Subuh, aku dan ibu menyiapkan sarapan pagi untuk kami sekeluarga. Kami bersama-sama bersarapan. Begitulah keluargaku, setiap kali menghadap juadah pasti bersama. Selesai bersarapan, aku segera bersiap untuk ke sekolah. Bas sekolah akan tiba pada pukul 6.40 pagi. Abah menunggang motosikalnya membolosi kedinginan embun pagi menuju ladang yang tidak berapa jauh dari rumah kami. Sebelum pemergiannya abah sempat mencium kedua belah pipi adikku yang sedang nyenyak tidur. Tangannya erat menyalam ibu dan aku sambil berpesan kepadaku agar menjaga adik dan ibu jika abah tiada. Aku cuma mengangguk sahaja kerana lidahku kelu oleh perubahan sikap abah pagi itu.
Di sekolah, fikiranku diamuk resah. Puas sudah kucuba memusatkan fikiranku terhadap pelajaran yang diajar guru namun tidak berhasil. Setiap gerak perlakuan kurasakan begitu canggung sekali!!! Keresahan hatiku begitu memuncak, setelah aku didatangi oleh Cikgu Zubaidah yang diiringi oleh abangku. Abang memaklumkan berita kematian ayahku. Berita itu amat menjerut tangkai hatiku. Aku tidak dapat menahan perasaanku ketika itu. Aku tergamam seketika.. "Bersabarlah Zai, setiap insan yang hidup pasti mati pada masa yang telah ditetapkan oleh Allah. Allah lebih sayangnya. Doakanlah rohnya dicucuri rahmat dan diredhai Allah selalu" nasihat cikgu Zubaidah kepadaku . Begitu jua dengan rakan-rakan sekelasku, mereka juga memberi nasihat dan bersimpati denganku. Namun aku masih belum boleh menerima kenyataan itu. Air mata tertumpah jua akhirnya. Ku biarkan saja lelehan airmata itu.
Setibanya aku di rumah, kulihat orang telah ramai. Aku berlari naik ke rumah mendapatkan ibu yang begitu sugul di sisi jenazah ayah. Mulut ibu kumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Lelehan air mataku kembali deras. Kami sekeluarga diselubungi kesedihan yang amat sangat. Adikku yang masih kecil lebih banyak berdiam dan asyik bermanja dengan ibu seakan-akan mengerti apa yang dihadapi oleh keluarganya kini. Selamat sudah jenazah abah di semadikan di liang lahat. Abah pergi menghadap Illahi buat selama-lamanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh. Dijauhkan panahan azab kubur dan azab api neraka. Begitulah doaku selalu. Walaupun aku amat terkilan kerana tidak dapat membalas jasa abah selama ini, namun doa dari anak yang soleh dan sedekah amal jariah seorang anak dapat meringankan azab ayah di alam barzakh. Aku harus memulihkan semangatku yang goyah yang hampir mematikan segala impianku selama ini. Aku harus jadi insan yang lebih bertanggung jawab menunaikan segala janji dan wasiat abah agar menjaga ibu dan adikku. Pada ibu, abang, kakak adik, guru dan teman-teman berilah dorongan padaku di dalam meneruskan liku-liku hidup ini. Insyallah.

AYAH MISALI: Pinggan Untuk Ayah

AYAH MISALI: Pinggan Untuk Ayah: "SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Ika ..."

Pinggan Untuk Ayah

SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Ika yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur. Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya.

Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut. Prannnnngggggg... !!I Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun, cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Ika pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula. "Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Ika mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan.

Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Ika pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya. Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik: "Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang."

Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pemah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu.

Suatu malam, Ika terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu. "Oh! Ya... " bisiknya. Ika teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama. "Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya.

Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Ika merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum. Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Ika seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya. "Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.

"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Ika besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Ika. Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Ika menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah!

Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Ika beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah. "Esok Ika buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Ika pada ayahnya selepas makan. Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.

AYAH MISALI: Kuasa Kemaafan: Lepaskan Bebanmu

AYAH MISALI: Kuasa Kemaafan: Lepaskan Bebanmu: "Anda ada rasa tidak puas hati dengan seseorang, kawan, mak, ayah, adik, atau dengan siapa sahaja ? Lepaskan bebanan anda dengan memaafkan ..."

Kuasa Kemaafan: Lepaskan Bebanmu

Anda ada rasa tidak puas hati dengan seseorang, kawan, mak, ayah, adik, atau dengan siapa sahaja ? Lepaskan bebanan anda dengan memaafkan mereka. Jiwa anda bukan sahaja akan tenang kembali malahan anda akan beroleh ganjaran tanpa batas.

Menarikkan? Dengan hanya memaafkan kesalahan orang lain, kehidupan anda akan menjadi lebih baik dan beroleh keuntungan.

Firman Allah SWT yang bermaksud ;dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (An Nuur:22)

Luarbiasa sungguh! Kita maafkan orang lain, kita akan beroleh keampunan dari Allah. Tak nak? Jika ingin mendapatkan ampunan Allah, belajarlah untuk memaafkan orang lain. Lagipun apa faedahnya untuk kita terus berdendamkan?

Menanggung Beban vs Lepaskan Bebanmu

Andaikata kita membenci seseorang bererti kita telah mewakafkan hidup kita dan fikiran kita untuk terus memikirkan orang tersebut. Kebahagiaan kita akan terhalang bahkan hati jadi tidak tenteram, makan tak kenyang dan tidur tak lena kerana geram memikirkan kesalahan yang telah orang itu lakukan ke atas kita sedangkan orang itu mungkin sudah tertidur nyenyak.

Suatu hari, ada seorang guru yang meminta seluruh murid-murid di kelasnya untuk membawa satu karung guni ke sekolah. Guru itu juga meminta setiap muridnya ke pasar dan membeli kentang sebanyak 10 kilo. Keesokan hari ketika di sekolah, guru meminta semua anak murid, masing-masing memilih sebiji kentang bagi setiap orang yang tidak ingin mereka maafkan, kemudian tulis nama orang itu dan tarikh dia berbuat kesalahan. Kemudiannya kentang tersebut dimasukkan ke dalam karung guni yang telah disediakan, pelajar perlu membawa guni itu ke mana sahaja mereka pergi.

Ianya merupakan tugasan setiap muridnya di sekolah dan di rumah untuk sepanjang bulan tersebut.Di hari pertama murid-murid merasa seronok dan menarik dengan aktiviti tersebut. Seorang pelajar di dalam karung guninya sudah terdapat sembilan biji kentang. Satu demi satu nama kawannya di tulis di atas kentang kerana pelbagai sebab dan kesalahan yang beliau enggan memaafkan. Setiap kejadian membuatkan pelajar itu dengan senang hati melemparkan kentang-kentang ke dalam karung, dan masih tetap untuk tidak akan memaafkan sesiapa pun yang telah berbuat salah kepadanya.

Setelah seminggu berlalu, karung guni yang berisikan kentang itu sudah menjadi beban yang sangat berat pada murid-muridnya. Dalam karung guni itu sudah terisi lebih kurang lima puluh buah kentang, ada yang mencecah lapan puluh buah kentang. Sungguh situasi itu merupakan suatu beban berat yang menyebabkan lenguh tangan dan badan untuk memikulnya. Murid-murid tersebut sudah tidak tahan menanti hari akhir dari tugasan yang telah diberikan oleh guru mereka.

Minggu kedua guru bertanya kepada semua pelajarnya, “Apakah kalian sudah mengetahui akibat dari tidak ingin memaafkan orang lain? Ternyata ada beban berat di atas pundak kalian, semakin banyak orang yang tidak ingin kalian maafkan, maka semakin berat pula beban yang harus kalian pikul. Menghadapi beban berat tersebut, bagaimana kita harus bertindak?”

Guru berhenti berbicara untuk beberapa saat, memberikan waktu kepada pelajarnya untuk berfikir, lalu guru menjawab sendiri pertanyaannya, “Semua beban itu dilepaskan saja dengan memberi kemaafan! Sebenarnya waktu boleh saja membuatkan manusia menjadi sedar dari keegoan dan kesumat.

Meneladani Rasulullah SAW dan Orang Soleh

Memang menghukum orang lain lebih mudah daripada memaafkannya. Namun, mari kita belajar dari Rasulullah SAW dan orang-orang yang soleh, bagaimana sikap mereka dalam hal ini.Suatu hari, ketika Rasulullah SAW sedang berehat-rehat, datanglah seorang wanita Yahudi membawa hidangan yang lazat berupa kambing panggang.Wanita itu mengetahui bahawa Rasulullah amat gemar kambing panggang. Bahagian kegemaran baginda ialah paha kanan bahagian depan. Lalu wanita tersebut menabur racun di atas kambing panggang itu. Dia melebihkan racun di paha kanan hadapan kambing yang dihidangkan itu.

Setelah melihat hidangan itu, maka Rasulullah pun berasa lapar. Selepas membaca bismillah, baginda pun makan dengan berselera sekali. Baginda makan bersama seorang sahabat, Bisyir bin Barra bin Ma'rur. Namun, sewaktu baginda sedang mengunyah makanan itu, timbul perasaan was-was di hati. Rasulullah pun meluahkan kembali daging kambing panggang yang sedang dikunyah. Ternyata suara hati baginda itu benar, Bisyir bin Barra bin Ma'rur telah menjadi korban.

Sahabat baginda itu meninggal dunia kerana termakan racun dalam makanan tersebut.Rasulullah pun bertanya dan wanita Yahudi itu mengaku secara berterus terang tanpa berselindung berkatat;Aku mahu menguji kamu. Jika engkau seorang rasul, sudah pasti engkau akan mendapat petunjuk mengenai hal ini. Tetapi kalau engkau hanya orang biasa, maka aku pasti merasa puas kerana dapat menyingkirmu kerana engkau telah banyak membawa kemusnahan kepada kaum Yahudi."

Rasulullah SAW mendengar penjelasan wanita itu dengan tenang. Kemudian, baginda pun memaafkan wanita itu. Baginda tidak menghukum wanita itu walaupun perbuatannya itu telah mengakibatkan kematian seorang sahabat baginda. Baginda sanggup memberi kemaafan kepada seorang wanita yang ternyata mahu membunuh baginda.

Rasulullah SAW seorang pemaaf yang luarbiasa. Kualiti pemaaf baginda wajar kita contohi dalam kehidupan kita.

Aisyah pernah menyatakan: “Rasulullah SAW tidak pernah memukul sesiapa pun, tidak juga kepada isteri dan pembantu Baginda, kecuali dalam berperang di jalan Allah. Dan dia tidak pernah membalas sedikitpun kepada seseorang yang menyakiti hatinya, kecuali dalam hal larangan Allah.” (Hadis riwayat Muslim)

Anas menceritakan: “Ketika saya sedang berjalan bersama Rasulullah SAW dan pada waktu itu Baginda sedang mengenakan selimut tebal dari Najran. Seorang Arab Badwi mengetahui hal itu lalu menariknya dengan kasar sambil berkata: Hai Muhammad, serahkan padaku harta Allah yang kamu miliki. Maka Rasulullah pun tersenyum dan Baginda pun memakbulkan permintaan orang itu.” (Hadis riwayat Muttafaq Alaih)

Sahabat Rasulullah SAW, Umar Al-Khatthab RA turut meneladani akhlak pemaaf yang ada pada Rasulullah SAW. Ketika mendapati lailatul qadar bakal menyapa, Umar selalu berkata, “Ya Allah sesungguhnya pada malam ini semua orang telah aku ampuni.” Maksudnya, beliau telah memaafkan semua orang atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan kepadanya.

Begitu juga Imam Ahmad bin Hambal ra. Ia telah disiksa, dipukul, dihukum dan di penjara. Meskipun begitu, beliau masih memberi maaf kepada orang-orang yang menyakitinya. Beliau berkata dengan mengutip firman Allah SWT“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada.”

Raih Kemuliaan

Berbahagialah, tatkala kita memiliki sikap saling memaafkan kesalahan orang lain, kita akan tergolong sebagai manusia yang mulia dan terpuji di sisi Allah SWT.

"Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia." (Asy Syuura:43)

Rasulullah SAW ada bersabda ari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Musa bin Imran AS pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah SWT menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)

petikan:http://usrahkeluarga.blogspot.com/2010/12/kuasa-ke...


KLICK UNTUK DUIT TABUNG