Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang tinggi. Syariat menetapkan mentaati ibu bapa sebagai satu kewajipan yang perlu dilakukan oleh setiap anak. Arahan mentaati ibu bapa banyak terdapat di dalam al-Quran dan al-Hadis membuktikan peri pentingnya dilakukan perkara tersebut.
Antara ayat menyuruh berbuat baik terhadap ibu bapa ialah ayat 36 surah an-Nisa bermaksud: �Sembahlah Allah, dan janganlah kamu mempersekutu-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapamu�
Sesungguhnya Allah perintahkan setiap anak mentaati dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Firman Allah dalam surah al-Ahqaaf ayat 15 bermaksud: �Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapa.�
Anak beriman sudah tentu tidak mengabaikan ibu bapa, terutama yang sudah lanjut usia. Menjaga ibu bapa adalah lebih utama berbanding pergi berjihad di medan perang. Ketetapan ini dapat difahami daripada kisah di mana Rasulullah menolak permintaan seorang anak mudah ingin turut sama berjihad di medan perang, sedangkan dia masih ada kedua ibu bapa yang telah uzur dan memerlukan jagaannya.
Pendengar yang budiman, kita dapat mengukur kemuliaan peribadi seseorang berdasarkan kepada bagaimana dia melayan ibu bapanya sendiri. Tidak menghormati ibu bapa adalah tanda kekufuran yang dilakukan oleh orang tidak beriman.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 83, menceritakan antara sikap orang berpaling tadah, yakni ingkar perintah-Nya: �Dan ingatlah ketika Kami mengambil janji Bani Israel: janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim dan orang miskin serta ucapkanlah kata yang baik kepada manusia, dirikanlah solat dan tunaikan zakat. Tetapi malangnya kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan kamu selalu berpaling tadah.�
Keutamaan mentaati dan berbuat baik ibu bapa mendahului pihak lain kerana ibu bapa paling hampir dengan kehidupan seseorang. Ibu menanggung azab dan kesukaran sepanjang sembilan bulan sepuluh hari mengandung dan menyusukan anak selama kira-kira dua tahun.
Bapa pula membanting tulang memerah fikiran dan keringat mencari rezeki untuk membesarkan anak. Justeru itu apa-apa kebaikan yang ingin dilakukan, haruslah diutamakan kepada kedua ibu bapa.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 215 bermaksud: �Mereka bertanya kepadamu apa yang harus mereka nafkahkan. Jawablah: �Apa sahaja yang kamu nafkahkan itu (dari harta kekayaan) hendaklah diberikan kepada kedua orang tua, kaum kerabat, anak-anak yatim piatu, orang-orang fakir, miskin, orang dalam perjalanan. Apa sahaja kebajikan yang kamu kerjakan, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.�
Hati ibu bapa tentu mudah terusik dengan sikap anak yang tidak menurut perintah atau melakukan sesuatu yang biadab. Kata-kata kesat, kasar, bantahan dan ugutan yang diucapkan oleh anak tentulah lebih mudah menjadikan ibu bapa sebak dan menitiskan air mata.
Oleh sebab itu, Allah memerintahkan agar anak bercakap dengan bahasa yang baik dengan ibu bapa.
Firman Allah bermaksud dalam surah al-Israk, ayat 23 bermaksud: �Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata �cis� terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.�
Biarpun ketaatan kepada ibu bapa itu satu perkara wajib dilakukan, namun ia hanya kepada perkara kebaikan. Sekiranya ibu bapa menyuruh melakukan perkara bertentangan dengan norma kemanusiaan dan hukum agama, maka perlulah ia dibantah.
Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya surah al-Ankabut, ayat 8 bermaksud: �Kami amanatkan kepada manusia agar menyatuni ibu bapanya. Seandainya mereka memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak engkau ketahui, jangan ikut kedua-duanya. Hanya kepada Aku engkau kembali dan akan Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu lakukan.�
Sememangnya terdapat ibu atau bapa bersifat kebinatangan. Kejadian haruan makan anak dan harapkan pagar, pagar makan padi semakin menjadi-jadi. Anak perempuan menjadi mangsa keganasan dan kebuasan bapa sendiri.
Manakala itu terdapat ibu yang hilang sifat keibuannya. Ibu menggadaikan maruah anak gadisnya kepada lelaki buas atau menggalakkan anak mengikuti sikapnya sebagai betina jalanan.
Jika keadaan tersebut, maka tiada lagi ketaatan bagi mengikuti kehendak itu. Namun begitu, ia tidak pula menghalang daripada mentaati dalam keperluan-keperluan lain. Biarpun sejahat mana akhlak ibu atau bapa, mereka masih perlu dihormati sebagai ibu bapa.
Dalam satu riwayat oleh Bukhari, Rasulullah pernah ditanya oleh Abdullah bin Amru tentang amalan lebih dikasihi Allah.

Lalu Baginda menjawab: �Solat dalam waktunya.� Tanya Abdullah lagi: �Selepas itu apa?� Baginda menambah: �Berbuat (berbakti) baik kepada kedua ibu bapa.� Abdullah bertanya lagi: �Kemudian itu Rasulullah? Baginda menjawab: �Berjuang di jalan Allah.�
Sesungguhnya Rasulullah mengsabitkan orang yang tidak menghormati orang tua sebagai bukan dari golongan muslim. Tabrani meriwayatkan sebuah hadis bermaksud: �Bukanlah dari golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasahi anak kecil kami.�
Manakala itu dalam satu hadis Rasulullah menyatakan bahawa dosa paling besar selain menyekutukan Allah ialah menderhaka kepada ibu bapa. Hadis riwayat Bukhari dan Tirmizi bermaksud: �Mahukah kamu aku beritakan antara dosa yang paling besar iaitu menyekutukan Allah dan derhaka kepada ibu bapa.�
Allah akan meredai usaha seorang anak, jika usaha itu diredai oleh ibu bapanya. Dan Allah akan murka jika ibu bapanya murka. Tirmizi meriwayatkan hadis bermaksud: �Keredaan Allah berdasarkan keredaan ibu bapa. Dan kemurkaan Allah juga berdasarkan kemurkaan ibu bapa.�
Betapa besar jasa ibu bapa yang tidak mungkin dibalas oleh seorang anak. Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud berbunyi: �Seorang anak itu belum dapat lagi membalas jasa orang tuanya sehingga dia mendapatinya sebagai hamba. Lalu dibelinya dan dimerdekakannya.�
Bakti kepada ibu bapa tidak terhenti apabila mereka meninggal dunia. Tiga periwayat hadis iaitu Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban menukilkan kisah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah:
�Wahai Rasulullah, masih adakah amal bakti kepada orang tuaku selepas mereka meninggal dunia� Lalu Rasulullah menjawab dengan sabdanya: �Ya, mendoakan mereka, meminta ampun untuk mereka, melaksanakan pesanan sesudah ketiadaan mereka, terus menyambungkan perhubungan yang telah mereka jalinkan dan memuliakan sahabat mereka.�
Amalan mendoakan kebahagiaan ibu bapa adalah sebahagian amalan memudahkan urusan mendapat rezeki. Sebaliknya, tidak mendoakan kebahagiaan ibu bapa akan menyekat rezeki untuk anak.
Hadis riwayat Hakim menyebut: �Apabila hamba itu meninggalkan doa untuk kedua-dua orang tuanya, nescaya terputuslah rezeki daripada-Nya.�
Oleh itu, marilah kita semua menjadi anak yang lebih bertanggungjawab terhadap amanah Allah ini. Jadilah anak yang sentiasa berusaha membahagiakan ibu bapa, di dunia maupun di akhirat.
Ingatlah, sebahagian daripada kita jika telah bergelar bapa atau ibu. Tentulah kita ingin dilayan baik oleh anak-anak kita. Sebelum kita dilayan sedemikian, biarlah kita dahulu menunjukkan contoh tauladan.
No comments:
Post a Comment