Pages

Thursday, January 20, 2011

Cinta Seorang Ayah

Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya. Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku….


Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pergi. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak…. Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!


Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti? Aku jauh……bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.


Cinta bukan bereti mengikat… tetapi melepaskan, membebaskan. Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?


Puteriku… kau terpaksa ku lepaskan…. Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada ‘si dia’- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?


Namun… hati ayah…. Hati abah… pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak… terlalu laju untuk dipaku.


Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?


Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!


Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala? Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit…upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.


Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi…… aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.


Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.


Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya.umminya. aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hambaNya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik. Di situ, noktahlah kebimbangan hati seorang ayah. Seorang abah!

Marah Kerana Sayang?

"Orang tua zaman mak ayah kita, `garang` itu satu formula. Entah kenapa dengan anak-anak zaman sekarang, formula itu tidak menjadi. Tidak boleh marah-marah. Kena berlembut mengambil hati mereka. Pening akak memikirkannya," begitulah lebih kurang perkongsian buah fikiran yang dilontarkan oleh Kak Ina pada petang itu.

Kami yang masih belum berumahtangga hanya mendengar. Tidak tahu bagaimana hendak memberikan pendapat.

Marah Kerana Sayang

Selepas beberapa ketika, saya teringatkan dialog di atas. Mencuba-cuba mencari sebab mengapa formula itu tidak menjadi zaman kini.

Jika dahulu, pasti ramai antara kita yang pernah mendengar cerita tentang ibu bapa yang garang. Disebalik cerita-cerita itu, ibu bapa yang garang inilah mendidik anak-anak dengan baik sekali. Garangnya mereka, solat anak-anak terjaga. Garangnya mereka, anak-anak mendengar kata dan tidak berani melawan. Jauh sekali bercakap kasar mahupun biadab dengan orang tua. Begitulah garangnya orang tua zaman dahulu kala. Garang mereka mendidik. Garang mereka kerana sayang.

Hal yang sama turut kedengaran di sekolah-sekolah semasa zaman mak ayah kita. Guru-guru pada ketika itu garang yang amat! Tetapi entah kenapa, anak murid masih hormat. Guru yang garang inilah yang akhirnya akan paling dikenang! Guru garang, mengajarnya berkualiti. Mungkin disebabkan anak murid jadi takut andai gagal. Anak murid menjadi serius di dalam kelas kerana garangnya guru mereka. Atau mungkin kerana guru itu memang seorang guru yang jelas tanggungjawabnya mendidik anak bangsa. Guru garang dihormati dan paling diingati. Itu zaman mak ayah kita.

Marah Cara Moden

Zaman kini, zaman kita. Sudah menjadi fenomena biasa. Anak-anak akan bertindak liar, andai dimarahi. Hati mereka jadi keras dan melawan. Pantang dimarah, pasti merajuk. Manjakah anak-anak zaman sekarang?

Jika di sekolah, fenomena yang sama. Guru-guru yang garang masih wujud. Tapi entah kenapa, garangnya tidak menjadi. Jangankan dihormati, silap haribulan, guru itu dimarahi kembali.

Maaf tiada fakta, (saya perlu buat kajian mendalam ni, wah..nak jadi pakar motivasi kah?). Semuanya hanyalah beberapa pemerhatian semasa saya memikirkan persoalan diatas.

Mengapa agaknya garang era kini tidak menjadi? Marah tidak melahirkan hormat dan takut?

Ada satu perkara yang saya fikirkan, hanya satu fikiran. Kerana apa kita marah? Jika zaman dahulu kala, nilai-nilai kekeluargaan dan betapa eratnya silaturahim itulah yang membuatkan seorang ibu dan bapa marah. Kerana sayang pada anak-anak. Kerana ingin mendidik anak-anak.

Namun zaman kini, mengapa agaknya kita marah pada anak-anak?

Tekanan kerja yang tidak henti. Kepenatan mencari rezeki. Kurang masa beriadah bersama famili. Semua ini menyumbang kepada punca marah. Hidup yang menekan. Hati jadi kurang sabar. Maka, tidak mustahil andai kita memarahi orang lain (atau anak-anak dalam konteks artikel ini) adalah disebabkan oleh tekanan hidup. Kita marah bukan sebab sayang atau mendidik!



Filem Anger Management

Entahlah, saya belum mempunyai anak sendiri. Anak menakan adalah. Cumanya, perasaan ini dapat saya kenal pasti apabila wujud perasaan marah. Samada marah terhadap orang di sekeliling, atau marah pada diri sendiri. Perasaan tidak puas hati ini kebanyakkannya wujud disebabkan oleh tekanan hidup. Bukan marah kerana Allah.

Kurang Masa Bersama, Dimarahi Pula

Secara psikologinya (tanpa merujuk mana-mana pakar, hanya teori sendiri, haha), seorang anak itu boleh sahaja dimarahi, mengakui kesilapannya dan menerima, andai mereka jelas kenapa mereka di marahi. Namun, kebanyakkan anak-anak zaman kini, keliru barang kali, apakah salah mereka. Sudahlah kurang masa bersama ibu bapa, apabila berjumpa, anak-anak terasa ingin bermanja, namun disangkakan mengada-ngada dan dimarahi pula.

"Mama, ajar Ain main games ni,"

"Mama penatlah sayang, esok sahaja ok?"

"Ala mama, esok mama tak ada juga"

"Mama kata esok, esoklah!"



Bingung, kenapa dimarahi...


Itu mungkin bukan marah yang biasa. Tapi bagi yang mendengar, itulah satu bentuk marah yang dilontarkan.

Jika di sekolah, guru yang marah, kadangkala dilihat dua kali lima perangainya dengan anak-anak murid. Seorang yang bertindak garang, haruslah punya kredibiliti supaya mereka dipandang tinggi. Andai guru yang garang sekadar ingin menunjukkan lagak, masuk kelas pon tidak... sukar bagi anak-anak murid menerimanya.

"Suruh kami berdisiplin, cikgu sendiri dua kali lima."

Marah Kerana Allah

"Orang muslim yang kuat imannya tidak mencintai sesuatu kecuali kerana Allah. Dan tidak pula membenci sesuatu, kecuali benci kerana Allah. Oleh kerana itu ia akan mencintai atau membenci sesuatu kalau Allah dan Rasul-Nya mencintai atau membencinya".

Ayat di atas dipetik dari sebuah kitab ‘PEDOMAN HIDUP MUSLIM' bab 7 Adab Bersaudara kerana Allah cinta dan benci kerana Allah.

Selalu kita mendengar ayat-ayat suka dan cinta kerana Allah. Mari kita fahamkan dan hayati pula makna BENCI KERANA ALLAH.

Benci menimbulkan rasa tidak puas hati lalu menimbulkan marah. Namun, kenapa kita benci? Mengapa kita membenci itulah akan menjawab persoalan mengapa kita marah. Andai kita benci sesuatu kerana ianya perkara yang turut dibenci oleh Allah dan Rasulnya, alhamdulillah.

Namun, andai kita benci disebabkan emosi. Benci memarakkan marah disebabkan oleh tekanan hidup, maka sama-sama kita muhasabah balik iman kita. Mungkin marah yang tidak kerana Allah inilah membuatkan insan-insan yang dimarahi tidak dapat menerima. Hati mereka tidak menjadi hormat dan takut, bahkan menjadi keras seperti batu.

Niat marah itu akan menimbulkan kesan pada orang yang dimarahi.

Kepentingan Niat

Jika berbicara tentang niat, saya amat gemar kisah ini. Kisah Saidina Ali, sepupu Rasulullah.
Saidina Ali dalam posisi menghunus pedang, siap membunuh orang musyrik itu. Apa yang terjadi kemudian? Orang musyrik itu meludah ke arah Saidina Ali. Saidina Ali menghentikan rencanya untuk membunuh orang musyrik tersebut.

"Aku tidak mahu membunuhmu bukan kerana Allah" begitu mungkin pemikiran Saidina Ali.
Pedang yang sama, orang yang sama. Saidina Ali bisa saja meneruskan untuk membunuh musuhnya. Akan tetapi, Saidina Ali adalah orang yang mulia. Sehingga memelihara betul niat di balik tindakannya. Membunuh kerana Allah adalah sebuah bentuk penghambaan kepada-Nya. Membunuh kerana amarah antara manusia adalah bentuk penghambaan atas hawa nafsu.

Niat akan membezakan nilai dari sebuah tindakan. Seseorang boleh saja melakukan tindakan yang sama (marah), akan tetapi dengan niat yang berbeza, maka nilai tindakannya pun berbeza. Tindakannya sama, nilai tindakannya berbeza.

Semua orang boleh marah-marah. Marah memudaratkan atau marah mengelokkan.

Justeru, marah kerana sayang?

Saat penantian adalah pencarian diri.

Allah lebih tahu segalanya



Printer-Friendly Version  Send To Friend  Add To Favorites  IM Article

Kisah Benar Yang Meminta Perhatian Dari Kita

" Kalau ayah meninggal, ayah harap sangat doa dari anak-anak yang soleh mendoakan ayah... " ucap Abdul Karim Abd Aziz , 51 kepada anak keempatnya , Imanina Abdul Karim , 19 , sehari sebelum beliau terkorban dalam satu kemalangan ngeri di Lebuh Raya Persekutuan , berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya pagi Ahad lalu 30 August 2009.

Imtinan yang ditemui dirumahnya di No 40 Jalan KM3 , Darul Hidayah , 43100 Hulu Langat , Selangor berkata , mereka sekeluarga tidak menyangka pesanan ayahnya itu menjadi kenyataan .

Dalam tragedi tersebut , Abdul Karim memandu kereta perodua kancil maut apabila kenderaannya dirempuh sebuah treler dari arah bertentangan. Abdul Karim yang bekerja sendiri , meninggal dunia ditempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala isterinya , Maimon Said , 52 dan anak lelakinya , Mohd Ihsan yang berada dalam kereta itu turut parah. Maimon dan Mohd Ihsan dirawat di PPUM dan mereka berdua yang koma semasa kemalangan tersedar pagi selasa lalu .

Abdul Karim meninggalkan dua belas anak yang berusia antara 9 hingga 24 tahun , Sementara itu Imtinan yang terpaksa mengambil alih tugas untuk menjaga adaik-adiknya berkata , beliau reda dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga. Beliau yang berkerja sebagai guru di sebuah sekolah agama rakyat , dekat sini berkata biarpun gajinya lebih kurang RM1000 beliau akan cuba sedaya upaya menjaga adik-adiknya. Memanglah selama ini kami adik-beradik bergantung penuh kepada ayah, baik duit belanja ataupun menghantar adik-beradik kesekolah dan sebaginya. Lagipun nasib umi (ibunya) tidak tahu lagi sebab dia pun serius juga, ujarnya dengan nada sedih. Malah katanya beliau tidak mahu adik-adiknya tercicir dalam pelajaran walaupun terpaksa menyara enam lagi adik-adiknya yang masih bersekolah. Katanya , selagi termampu beliau akan menjaga adik-adiknya biarpun masih kabur untuk mencari wang secukupnya.

Disaat ini juga katanya , beliau belum terfikir untuk membuat persiapan menyambut kedatangan Adilfitri tidak lama lagi. Beliau berkata, ini termasuklah baju raya adik-adiknya belum dibeli lagi . "tidak tahulah sama mampu beli ataupun tidak kerana sebelum ini ayah yang belikan dan biasanya ayah beli pada akhir Ramadhan,"ujarnya sambil merenung adik-adiknya. bahkan ujarnya , mungkin mereka adik-beradik tidak dapat balik kampung di Lenggung Perak pada hari raya ini. "macam mana nak balik kereta kancil ayah remuk sama sekali dan kami pun ramai. Mereka terdiri daripada , Imtinan ,24 , Ibtihal 23, Inshyirah , 21, Izyani , 18 , Ilhamina , 17 , Ibtisam , 17 , Ibtihaj , 16 , Ismahani , 15 , Mohd Ikram 14 , dan Imtiyaz , 9 tahun. Sementara seorang lagi adiknya , Imanina, 19 berada di PPUM menjaga ibu dan adiknya, Mohd Ihsan 11 tahun yang terlibat dalam kemalangan tersebut,

Setiap kali kakak mereka bercerita mengenai ayahnya masing-masing bergenangan air mata. paling tersentuh apabila melihat Mohd Ikram yang diapit kakak dan adik-adiknya tidak dapat mengeluarkan sepatah kata pun apabila ditanya mengenai cita-citanya. Beliau terus menundukkan kepala beberapa ketika bagi menahan sebaknya . Pelajar Maahad Tahfiz , Batu 16 , Ulu Langat ini hanya mampu memandang keluarganya dengan penuh sayu sambil menyapu air matanya. Ketika ini juga adik-adiknya yang lain termasuk neneknya berlinangan air mata melihat kesedihan dan keshahduan Ikram.

Dalam pada itu, Inshyirah yang mengambil upah menjahit baju , berkata beliau akan mencari pekerjaan lain untuk membantu adik-adiknya . Beliau yang menetap bersama neneknya di Perak berkata , tidak akan membiarkan adik-adiknya susah, yang penting persekolahan mereka dan ayah pun sebelum ini bersengkang mata untuk menyara kami,"katanya.

Sementara itu sesiapa yang ingin menyumbang kepada keluarga anak yatim tersebut bolehlah menghulur bantuan menerusi akaun bank INSHYIRAH ABDUL KARIM : 158136726121 MAYBANK

Tuntutan Keluarga

 
Satu keluarga bahagia dalam perjalanan di tahan orang asing dan di bawa pergi ke tempat yang amat asing bagi keluarga ni. Si ayah dan ibu di tempatkan dalam banglo mewah siap dg air pancur, kemudahan macam dalam mahligai. Malangnya anak-anak mereka tidak dibenarkantinggal bersamadengan mereka tetapi di bawa pergi, di belasah, di pukul, di henyak semau nya tanpa belas kasihan. Kata orang asing itu anak mereka ada buatsalahdan mereka hanya mahu anak-anak mereka dan si ibu dan ayah boleh lihat tapi takkan dapat membantu anak-anak mereka lagi.

Si ayah dan ibu hanya mampu melihat dan mendengar lolongan, raungan anak-anak mereka tanpa mampu berbuat apa-apa. Hancur luluh hati mereka melihat anak-anak di perlakukan demikian rupa, berdarah, patah riuk, menjerit, meminta belas kasihan ibu dan ayah mereka... ibuuuu... . ayaaaahhh... tolong buuu,.. sakiiiit.. ayaaaaahh.. tolong ayaaaahh.. sakiiittt, tolooongggg !! tapi orang asing itu berterusan memukul, menghenyak, membelasah anak-anak mereka tanpa belas kasihan ! Pastisedih, sayu, pilu, merobek-robek hati, meruntun jiwa dan perasaan. Luluh hati memandangnya namun kita tak mampu
berbuat apa-apa atau mengubahnya.
Apa perasaan kita jika berada dalam situasi sedemikian ?
Tergamakkah kita melihat anak-anak kita sedemikian rupa ?
Bagaimana perasaan anda jika ini berlaku kepada ahli keluarga anda ?
Fikirkan !!! dan Fikirkan sedalam-dalam nya kerana kita semua akan menempuhnya !
[scroll kebawah]

Kuu an-fusakum wa-ahlikum naro..
"Peliharalah diri mu dan ahli keluarga mu dari api neraka"at-tahrim, ayat 6
Saudara/saudariku,
begitulah apa yg antara kita akan tempuh. Sebagaimana kita punya isteri, anak pinak, saudara mara, sahabat, jiran tetangga, maka demikian lah juga di akhirat kelak di hari pembalasan dan setelah kita di tempatkan ke tempat yang selayak nya buat kita samada Syurga atau Neraka. Isteri, anak-anak kita, ibu bapa kita, kawan-kawan, taulan akan berkampung di lace w:st="on"sana lace juga bersama kita.
Di manakah kita dan di manakah tempat mereka ? adakah bersama kita di Syurga atau terpisah di Neraka.
Bagaimana seorang ibu, seorang ayah senang di syurga sedangkan anak-anak nya di azab, dilayurkan api diazab dlm Neraka ? bagaimana seorang suami aman di syurga sedangkan isteri nya di neraka.
Di mana si polan yg terkenal di kg kita dahulu ?
'oh beliau di neraka jahim, rupanya dia makan dari
rezeki haram dan tidak memberatkan solatnya'
Di mana si polan yg dahulu nya selalu ke masjid ?
'oh dia berada di perkampungan di jannatun Firdaus'
Dimana kawan-kawan mu yang karib dengan mu dahulu ?

'.. di neraka wiil di azab kerana tidak mau mereka
mendengar nasihat ku'
dimana pemimpin si polan yg dahulu nya mewah dan sombong itu ?
'.. oh, aku lihat dia di heret ke al-jahim'
Bagaimana kamu ? oh aku berada di al-makwa bersama isteri dan anak-anak ku, kami punya dayang-dayang, bidadari buat peneman, penghibur diriku, isteri dan anak-anak ku. Kami aman di lace w:st="on"sana lace dan syukur kehadrat Allah subhanahuwataala, benarlah janji nya, setiap yg hidup pasti mati dan setiap orang akan dibalas mengikut amalan nya. Dan baru ku tahu bidadari tu bukan penghibur aku sahaja tapi mereka juga menghibur isteri ku seolah seorang anak kecil di belaiibunya hingga leka isteri ku seolah bayi dalam pelukan ibunya. Dan baru ku tahu bukan ku perlu kepada bidadari itu kerana nafsuku semata seperti ku fikir di dunia dulu, bahkan mereka lah ahli keluarga ku sekarang. Nafsu ku lebur di syurga dan mereka bersama ku memuji-muji kebesaran Allah Tuan ku, Pencipta ku. Kerana abdi kepada nya aku dimasukkan di sini, dan sinilah aku menemui hakikat kehidupan dan pengabdian kepada Allah, Tuhan ku yang satu.
Benarlah pesan Nya dahulu 'Tidak Ku jadikan jin dan manusia itu kecuali untuk mengabdi diri kepada Ku'
Mahukah kita biarkan anak-anak kita di siksa di neraka dan kita berhajat ke syurga tanpa mereka. Ke syurgakah kita tanpa mereka ? Bersenang lenang, bersimpuh di depan-depan dipalit lo' lo'o wal marjan.
Maka jalankanlah tanggungjawab anda sebagai ibu bapa, dan ingatlah pesan tuhan mu
'Peliharah dirimu dan keluarga mu dari azab api neraka'
Hanya dua jalan di dunia, dosa atau pahala
Hanya dua pilihan di akhirat, syurga atau neraka
Bimbinglah diri mu dan ahli keluarga mu kejalan yg benar. Allah telah mengingatkan kita bahawa akhirat itu penuh dengan tangisan, penuh dengan penyesalan, penuh dengan kekusutan, penuh dengan kesusahan kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh dan berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.
Wassalam,
[jika ini baik buat renungan, minta di hebahkan pd sahabat2 lain]

Sunday, January 16, 2011

AYAH MISALI: Dua Kejahatan Di Segerakan Balasannya Di Dunia

AYAH MISALI: Dua Kejahatan Di Segerakan Balasannya Di Dunia: "Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat..."

AYAH MISALI: Mengapa mesti aku?

AYAH MISALI: Mengapa mesti aku?: "Kelmarin, aku sangat bahagia Semalam, aku sangat gembira Hari ini, aku mula berduka Esok... hanya Tuhan yang tahu kersudahannya... Jika..."

AYAH MISALI: Hakikat Akhlak

AYAH MISALI: Hakikat Akhlak: "'Apa yang sebenarnya dituntut dari kita ialah supaya membuat segala kebaikan dan mencapai segala kejayaan tetapi dalam pada itu kita diwaj..."

KLICK UNTUK DUIT TABUNG