Pages

Sunday, January 2, 2011

Biodata Iblis

Nama : Iblis Laknatullah

T.Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kpd Nabi Adam

Status diri : Fasik kelas pertama

Agama : Kufur

T.Tinggal di dunia : Hati-hati mereka yg lalai

T.Tinggal di akhirat : Neraka jahanam

Kawasan : Setiap tempat yg didalamnya tiada usaha untuk mengingati ALLAH.

Arah Perjalanan : Tiada haluan dan bengkak-bengkok.

Isteri di dunia : Setiap wanita yg tidak menutup aurat,tidak mentaati Allah, Rasul dan suaminya.

Kaum kerabat : Semua golongan yg menentang dan memusuhi ALLAH

Modal Pusingan : Angan - angan kosong.

Tempat Pertemuan : Pasar - pasar.

Musuh Ketat : Setiap org Islam yg beriman dan bertaqwa.

Motto kerja : ' Hipokrasi asas akhlak '.

Kesukaannya : Melalaikan org dari mengingati ALLAH , menggoda dan menyesatkannya.

Cita - cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir.

Kelemahannya : Bila orang membaca Istighfar.

Lambang : Sebarang tatu.

Pejabat Operasi : Tandas , bilik air , tempat yg bernajis dan kotor serta tempat - tempat maksiat.

Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia.

Sumber Pendapatan : Segala harta yg diperoleh dgn jalan yg haram dan riba'.

Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhdp ALLAH

Tempoh Perkhidmatan : Sehingga hari kiamat.

Matlamat Perjalanan : Membawa setiap makhluk ke neraka Jahannam.

Teman Sejawat : Org yg suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran.

Ganjaran : Dosa dan kemurkaan ALLAH.

Berkomunikasi Dgn : Orang yg suka mengumpat, mencaci, memaki hamun,menghasut,pedengki dan pedendam.

Makanan kegemaran : Daging orang mati dan segala najis dan kekotoran.

Yang ditakuti : Orang mukmin yang bertaqwa , beriman dan beramal.

Yang dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati ALLAH.

Alat Perangkap : Wanita cantik , model , pelacur , peragawati , dan sebagainya.

Saat Ajal : Bila tiba waktu yg ditentukan ALLAH di hari kiamat kelak.

Tugas yg paling disukai : Homosex dan lesbian

Janji-janji : Janji kosong , angan-angan dan tipu daya.

Yg membuatnya menangis : Bila orang sujud kepada ALLAH.

AYAH MISALI: Surah Al-Falaq Dan An-Nas Elak Sihir

AYAH MISALI: Surah Al-Falaq Dan An-Nas Elak Sihir: "Soalan: NABI SAW adalah seorang yang maksum. Walaupun begitu, saya pernah mendengar bahawa baginda juga ditimpa sakit dan pernah diracun...."

Surah Al-Falaq Dan An-Nas Elak Sihir

Soalan:

NABI SAW adalah seorang yang maksum. Walaupun begitu, saya pernah mendengar bahawa baginda juga ditimpa sakit dan pernah diracun. Tetapi adakah baginda turut pernah menjadi mangsa sihir. Mohon juga ustaz jelaskan konteks maksumnya Nabi SAW.

Jawapan:

Sakit adalah sifat manusia, baginda juga mengalami luka yang banyak dalam peperangan Badar dan banyak lagi yang baginda lalui ummat ini, lebih-lebih lagi di awal perkembangan nur Islam.

Maksum berasal dari bahasa arab, juga telah dimelayukan. Dalam bahasa arab ia membawa makna terpelihara dari melakukan dosa kecil mahupun dosa besar serta kesalahan-kesalahan yang boleh mencemar keperibadian seseorang.

Maksumnya Rasulullah SAW bererti: baginda terpelihara dari melakukan sesuatu perbuatan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta apa-apa kesalahan yang boleh mencemar keperibadian baginda.

Mengikut kamus Dewan maksum bermaksud: “terpelihara atau bebas dari dosa, tidak tercela, tidak berdosa”. (Kamus Dewan Edisi Keempat, DBP, hlm: 985).

Mengikut takrifan al-Jurjani al-‘ismah maksud bermaksud: “Kemampuan menjauhi perbuatan maksiat sedang dia mampu melakukannya”. (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, hlm: 195)

Di dalam kebanyakan kitab-kitab akidah ahlu sunnah wal jamaah para ulama berpendapat bahawa baginda Rasulullah SAW terpelihara daripada dosa besar dan dosa kecil serta apa-apa kelakuan yang boleh mencacatkan keperibadian baginda.

Menurut Sheikh Ja’far Subhani bahawa Nabi yang maksum mampu melakukan kemaksiatan dan dosa, sesuai dengan kemampuan dan kemerdekaan yang ada pada baginda tetapi kerana baginda telah mencapai peringkat takwa yang tinggi, ilmu yang qatie terhadap akibat dosa dan kemaksiatan serta kerana pengaruh timbulnya perasaan mengagungkan Khaliqnya.

Dengan demikian ia terpelihara dari perbuatan itu, dan ia tidak melakukan perbuatan walaupun dengan kemampuan dan kekuasaannya sendiri.

Adapun persoalan mengenai Baginda SAW terkena sihir tidak mencacatkan keterpeliharaan Baginda, juga tidak mencacatkan ‘ismah Baginda sebagai seorang rasul.

Perkara ini banyak dibincangkan oleh ulama. Ada di antara mereka yang tidak menyetujui baginda terkena sihir. Antaranya ialah Abu Bakr al-Asham, pengarang al-Ta’wilat.

Pak Hamka juga tidak setuju dengan pendapat yang mengatakan baginda terkena sihir kerana beberapa sebab berikut, pertamanya; seolah-olah merendahkan martabat nubuwwah (kenabian). Keduanya; menimbulkan keraguan dalam syariat yang ketiganya; sihir itu pada hakikatnya tidak ada.

Ada juga yang berhujah bagi menolak baginda disihir kerana martabat hadis ini Ahad. Antaranya ialah Al-Qasimi di dalam Mahasinul ta’wil, Sayyid Qutub di dalam Fi Zilal al-Quran.

Tujuan mereka menolak adalah kerana tidak mahu baginda Rasulullah SAW dilihat ada tempoh baginda terganggu daripada segi akal.

Ini kerana ketika baginda terkena sihir baginda teragak-agak melakukan sesuatu dan sering bertanya kepada Aisyah r.a mengenai perkara yang baginda kerjakan.

Adapun sebahagian jumhur ulama berpendapat, baginda pernah terkena sihir. Ini kerana mereka tidak berganjak daripada berpegang kepada hadis yang sahih biarpun martabatnya Ahad. Surah al-Falaq adalah bukti baginda pernah terkena sihir.

Dalam riwayat yang dimuatkan oleh Imam Ibn Kathir, daripada Aisyah r.a, pada suatu hari baginda berkata kepada Aisyah: “Hai Aisyah! Aku diberi perasaan bahawa Allah memberi fatwa kepadaku pada perkara yang aku meminta fatwa dari-Nya; maka datanglah dua malaikat yang seorang duduk di sisi kepalaku dan yang seorang lagi duduk di sisi kakiku: “Lelaki ini (Rasulullah SAW) telah disihir! Kawannya bertanya: “Siapa yang menyihirnya?” Malaikat yang duduk di kepala menjawab: “Labid bin ‘Asam”. Kawannya bertanya lagi dengan apa? Malaikat yang di kepala menjawab: “Pada himpunan rambut dan sikat yang patah dan penutup kepala lelaki (kain serban), dihimpit dengan batu di dalam perigi Dzu Auran. Dalam sesetengah riwayat baginda sendiri masuk ke dalam perigi itu dan mengeluarkannya”.

Dalam riwayat yang lain baginda meminta beberapa orang sahabat agar mengeluarkannya. Dalam riwayat Ibn Abbas, bahawa Rasulullah SAW menyuruh Ali bin Abi Talib dan Zubair bin Awwam serta Ammar bin Yasir memeriksa sumur tersebut.

Setelah dibuang airnya dan menyelam ke dalam mereka dapati menang benar terdapat bungkusan kain yang terkandung di dalamnya gumpalan rambut dan sikat baginda berserta sepotong kayu yang terikat tali padanya dengan sebelas ikatan dan pada setiap ikatan ada tusukan jarum. Kemudian turunlah surah ini yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad); Aku berlindung kepada (Allah) dari cuaca subuh. Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. “Daripada bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. “Dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk. “Dan daripada kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya. (al-Falaq: 1-5 ).

Sebanyak 11 simpulan itu terungkai setelah malaikat mengajar baginda membaca dua surah al-Falaq mengandungi lima ayat dan surah al-Nas mengandungi enam ayat.

Selesai membaca kedua-dua surah ini baginda terasa lega dan lapang kembali. Sehingga hari ini dalam ilmu perubatan Islam kedua surah ini menjadi senjata bagi menyembuhkan gangguan sihir.   

AYAH MISALI: Jangan Mencaci Sesama Kita

AYAH MISALI: Jangan Mencaci Sesama Kita: "Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di had..."

AYAH MISALI: Panasnya Matahari

AYAH MISALI: Panasnya Matahari: "Sebagai Renungan: Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihanta..."

AYAH MISALI: Panasnya Matahari

AYAH MISALI: Panasnya Matahari: "Sebagai Renungan: Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihanta..."

Jangan Mencaci Sesama Kita

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan

Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat

itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.

(Hadith Riwayat Ahmad)

====================================================

Siapa lah kita yang mahu mencaci ciptaan Allah? Sebanyak mana keburukan dan kesalahan mereka yang kita ketahui, Allah lebih mengetahui. Walaupun sebanyak buih di laut, keampunan dan kasih sayang Allah jauh lebih luas daripada itu. Hanya Allah yang Maha Mengahakimi. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan marilah kita bertaubat dan bertekad tidak akan mencaci sesama kita lagi.    

KLICK UNTUK DUIT TABUNG