Pages

Saturday, February 26, 2011

AYAH MISALI: Amalam Doa Buat Ibubapa

AYAH MISALI: Amalam Doa Buat Ibubapa: "Ya Allah ya Tuhan ku, Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini, memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu. Terasa terlalu lemah ..."

Amalam Doa Buat Ibubapa

Ya Allah ya Tuhan ku,

Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini, memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah.

Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami
memohon pertolongan Tunjukkanlah kami jalan yang lurus Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
keatas mereka Bukannya jalan orang yang Engkau murkai dan bukan pula orang-orang yang sesat.

Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah. Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,
aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai, aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya
Engkau tuntuti.

Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku, Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan
lindunganMu Jauhilah aku dari segala laranganMu, Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat, Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.

Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu
dan berbakti kepada kedua ibubapaku. Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan
menyakiti hati mereka kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang sedangkan ku tahu,
Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh" kepada mereka. Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah aku berjaya kini,keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan
aku kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan
kepadaku harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim dimalam ini aku terkenang semua itu dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak
mungkin dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak
yang soleh yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku.

Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke
nerakaMu Teguhkanlah iman mereka ya Allah jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah. Tuhan Sekelian Alam.
Amin.Amin Ya Rabal a'lamin... ... ...

RenUnGKan SEkeTika hiDUp iNI!

Jika kita dapat tahu bahawa kita akan mati 1 minggu kemudian, Apakah yang akan kita lakukan? Meminta maaf dengan ibu, ayah, abang, kakak, adik, teman, musuh, cikgu dan mereka yang dilukai secara tidak sengaja?
Ataupun selesaikan segala masalah yang belum diselesaikan, seperti hutang, pekerjaan, janji, hasrat, cita-cita, impian atau budi? Ataupun akan menangis, kecewa atau hampa?
Ataupun kita akan berdoa agar diampuni segala dosa, kesilapan, kelalaian, pemikiran dan perbuataan kita? Cukupkah masa yang kita ada? Dapatkah kita selesaikan semua ini dalam masa yang amat terhad ini?
Jika jawapankita TIDAK! Maka kita harus menghargai masa ketika kita masih hidup di dunia ini! Kita harus menghargai saat-saat yang masih diberikan olehNya kepada kita!
Kita harus menghargai masa kita ketika kita masih berpeluang untuk menghirup udara, merasa pergerakan angin disekitar kita, mendengar kicauan burung dan deseran daun-daun, melihat keindahan alam, merasa pahit dan manisnya makanan kita kerana kita pasti akan merindui semua perasaan dan kenikmatan ini di dunia akhirat kelak!
Dan caranya kita menghargai peluang yang diberikan, terpulanglah kepada kita untuk memilihnya kerana kita dikaruniai akal dan fikiran untuk menilai apa yang baik dan apa yang buruk!
Pastinya kita akan memilih yang baik dan ingin pulang kepadaNya. Kita datang dari Dia, kita kembali kepadaNya, Allah Pencipta.

AYAH MISALI: doa yg makbul

AYAH MISALI: doa yg makbul: "Seorang ayah terkejut mendengar doa anak perempuannya yang masih kecil ketika hendak tidur... 'Tuhan.. lindungilah ibuku.. lindungilah a..."

doa yg makbul

Seorang ayah terkejut mendengar doa anak perempuannya yang masih kecil ketika hendak tidur...
"Tuhan.. lindungilah ibuku.. lindungilah ayahku..lindungilah nenekku... dan ambillah atokku"
"Kenapa doamu untuk atok bunyinya seperti itu?" tanya ayahnya.
Si kecil menjawab... "Entahlah.. saya spontan berkata seperti itu."
Entah apa yang terjadi, keesokan harinya atoknya benar-benar meninggal dunia. Suatu kebetulan yang sangat aneh... fikir si ayah.
Beberapa hari kemudian ketika ayahnya hendak menidurkan anaknya dia mendengar lagi si anak berdoa..
"Tuhan... lindungilah ibuku, lindungilah ayahku, dan ambillah nenekku"
Dan keesokan hari, neneknya pula meninggal dunia. Ayahnya benar2 hairan.. kenapa doa anaknya begitu makbul..
Seminggu kemudian si ayah kembali mendengar anaknya berdoa...
"Tuhan, lindungilah ibuku dan ambillah ayahku"
Ayahnya terkejut monyet.. malam itu ayahnya tidak boleh tidur memikirkan kejadian yang akan menimpanya esok pagi...
Ketika dipejabat.. fikirannya tidak tenteram.. hari sudahpun melewati petang... namun tidak ada apa-apa terjadi... Si ayah semakin cemas. Ia memilih untuk menghabiskan hari itu di pejabat sahaja... sehinggalah jam 12.00 tengahmalam...
si ayah mula merasa lega... . hari telah berganti dan dia selamat.. Lalu dia pun pulang ke rumah.
"Kenapa abang balik lewat nie?" tanya isterinya ketika membuka pintu.
Aku tidak mau cerita apa2 lagi.. biarlah hari ini menjadi hari terburuk dalam hidupku," kata si suami
Lalu Isterinya berkata...
"Tetapi sebenarnya ada yang lebih buruk berlaku dirumah kita.. pagi tadi Pak Man penjual susu meninggal di depan rumah kita ketika menghantar susu"

AYAH MISALI: Ayah prihatin

AYAH MISALI: Ayah prihatin: "Salams.. artikel ni dpt dr email.. utk para2 ayah & bakal2 ayah.. sesape jugakla..mana yg bermanfaat kita sampaikan. Ayah prihatin d..."

Ayah prihatin

Salams.. artikel ni dpt dr email.. utk para2 ayah & bakal2 ayah.. sesape jugakla..mana yg bermanfaat kita sampaikan.
Ayah prihatin dapat tempat istimewa di hati anak Oleh Umi Kalthum Ngah
JIKA anda seorang ayah, bayangkan bagaimana perasaan anda jika anak mengatakan: Ayah! Ayah hebatlah! Kata-kata ini hanya akan terkeluar daripada anak yang mendapat perhatian, bimbingan seorang ayah secara berterusan.
Banyak kajian menunjukkan, kelelakian seseorang anak lelaki banyak dipengaruhi daripada ayahnya yang menjadi role model . Kajian juga menunjukkan, anak yang terbabit dalam pelbagai masalah juvana adalah mereka yang tidak mendapat kasih sayang seorang ayah.
Bagaimana untuk menjadi seorang ayah yang hebat pada pandangan anak kita?
Tip berikut ditulis mengikut pandangan tulus ikhlas seorang ibu, tetapi anda bolehlah mengolah mengikut cita rasa tersendiri (iaitu naluri seorang bapa).
l Lebih proaktif. --------------------
Sebagai ayah, anda perlu lebih berinisiatif. Jika tidak, amat malang kerana anda gagal memenuhi tanggungjawab memberi pendidikan anak-anak, yang selayaknya diterima oleh seorang anak.
Bagaimana kalau kita ubah cara? Jika selalunya kita biarkan si ibu memujuk anak, atau kita mengelak diri daripada menukar lampin, apa kata kalau si ayah cuba ubah cara berfikir. Iaitu dengan mengatakan Oh! Rasanya aku boleh buat ni! atau Okey!, sebenarnya aku kena juga melatih diri dengan kerja ni!
Tidak salah kalau ayah mengakui kurang pengalaman dan kemudian meminta nasihat serta tunjuk ajar daripada isteri kerja-kerja yang berkaitan dengan pembangunan emo-si anak-anak.
l Perlu banyak latihan amali. -----------------------------------
Jangan sekali-kali mengandaikan pasangan anda serba tahu atau lebih tahu segala hal dari dirinya. Sesungguhnya, apa yang isteri anda ketahui atau lakukan dalam membesarkan anak, datang daripada pengalamannya.
Jangan lupa bahawa apabila kita selalu berlatih, kita akan menjadi bertambah baik dan cekap.
l Bangga tentang hubungan istimewa anda dan anak. -------------------------------------------------------------------
Lelaki dan wanita mempunyai cara berbeza berinteraksi dengan anak-anak. Lelaki lazimnya lebih kasar dan agak 'fizikal' hubungannya dengan anak-anak, manakala wanita membina kemahiran bersosial dan lebih menghalusi emosi anak-anak.
Namun, jangan pandang rendah akan hakikat ini. Perlakuan secara fizikal dan kasar itu juga memperkayakan didikan emosi seperti ujaan dan stimulasi. Kanak-kanak yang mempunyai seorang ayah yang aktif secara fizikal, lebih popular dan berjaya dalam menjalin hubungan dengan kanak-kanak lain.
l Sokongan emosi penting untuk anak-anak. -------------------------------------------------------
Interaksi secara fizikal, memainkan peranan penting dalam hubungan di antara ayah dan anak. Bagaimanapun, sokongan moral dan emosi jauh lebih penting.
Ayah perlu menyelami perasaan anak-anak supaya dia lebih peka dan secara tidak langsung, lebih empati kepada anak. Dengan itu, seorang ayah akan dapat menyiapkan diri untuk memberi bantuan moral dan sokongan secara emosi untuk anak mereka apabila keadaan memaksa.
l Jadilah rakan kongsi anak, bukannya pembantu. --------------------------------------------------------------
Paradigma lama yang menganggap ayah hanya sebagai pembantu, sebenarnya sudah ketinggalan zaman. Ia adalah pemikiran lapuk dan tidak lagi sesuai pada masa ini.
Jika ayah mahu lebih terbabit dalam tanggungjawab membesarkan anak, mereka harus menanggung bersama tanggungjawab rumah tangga dan asuhan didikan anak.
Ayah yang sentiasa menunjukkan kasih sayang dan timbang rasa kepada ibu dan anaknya, akan dapat melahirkan perasaan dihargai oleh ibu, manakala anak pula akan timbul rasa hormat pada ayah.
l Cari masa setiap hari, bukan sekadar masa hujung minggu. ----------------------------------------------------------------------------
Seorang ayah yang berkesan, akan terbabit secara langsung dalam membuat keputusan harian mengenai anak. Dia tidak membiarkan semuanya kepada isteri.
Jika tidak, ayah terbabit akan rugi kerana dia tidak sempat melalui cebisan hayat anak, yang walaupun nampak pada mata kasar amat kecil sumbangannya, tetapi sebenarnya memberi kesan besar dalam jiwa anak.
Seorang ayah yang sensitif, tidak sekali-kali mahu ketinggalan untuk mengambil tahu segala perkara mengenai anaknya. Contoh mudah adalah bercerita atau membacakan cerita kepada anak sebelum tidur atau sekali sekala memandikan mereka.
l Hormati dan bertimbang rasa terhadap pasangan anda. ------------------------------------------------------------------------
Seorang ayah yang prihatin akan menghargai dan memahami betapa pasangannya, cuba sedaya upaya melicinkan tugas hariannya di rumah. Dia akan menghormati segala keputusan isterinya ketika tiada di rumah.
l Jangan pandang rendah komunikasi dengan anak. -----------------------------------------------------------------
Seorang ayah yang hebat, akan sedar betapa pentingnya kemahiran berkomunikasi dalam rumah tangga. Ayah harus cuba berbicara dengan anak, bukan sekadar bercakap kepada mereka. Ada perbezaan di antara kedua-dua perkara itu. Pertama, ayah berperanan sebagai teman berbual dan banyak mendengar, manakala keadaan kedua, ayah lebih kepada memberi arahan.
l Jangan segan tunjukkan kasih sayang kepada anak-anak. ---------------------------------------------------------------------------
Disebabkan terlalu sibuk, kadang kala seorang ayah akan cuba mengimbangi rasa bersalah dengan menghujani anak dengan hadiah sebagai pengganti diri. Mungkin kita terlupa, jiwa seorang anak amat mudah dan suci bersih. Malah, kebiasaan memanjakan anak dengan pemberian ini, adalah berbahaya dan lambat laun boleh merosakkan jiwa mereka.
Lazimnya seorang ayah berasa agak kekok menunjukkan belaian kasih sayang apabila anak meningkat dewasa, apa lagi ketika di khalayak ramai. Ini seharusnya tidak berlaku. Lihatlah bagaimana Rasulullah saw menunjukkan kasih sayang kepada anaknya dengan bangun menyambut kedatangannya, mengucup, memimpin tangan dan memberikan tempat duduknya kepada Fatimah. Sesungguhnya, kasih sayang sebegini akan memberi kesan mendalam dalam hati anak-anak.
l Pastikan anda terus berperanan sebagai ayah walaupun selepas perpisahan (jika ia berlaku).

PENULIS adalah pensyarah di Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Sains Malaysia

KLICK UNTUK DUIT TABUNG